2012年12月14日星期五

Ciri Ciri Tumbuhan

Ciri-ciri Tumbuh-tumbuhan 

Tumbuhan memiliki ciri-ciri khusus yang memungkinkannya untuk hidup di lingkungan tertentu. Lingkungan itulah yang membedakan ciri-ciri tiap tumbuhan yang mampu hidup pada wilayah tersebut. Berikut ini adalah ciri-ciri khusus dari beberapa tumbuhan yang ada di sekitar kita:
KAKTUS
Daunnya tajam berbentuk duri yang berfungsi untuk megurangi penguapan sehingga kaktus dapat bertahan hidup di tempat kering
KANTONG SEMAR
Memiliki kantong penjebak serangga yang berfungsi untuk menangkap / memakan serangga untuk mendapatkan nitrogen
TERATAI
Mempunyai daun yang lebardan tipis yang berguna untuk mempercepat penguapan air dan juga membuat teratai dapat mengapung di permukaan air untuk mendapatkan sinar matahari. Bentuk batang yang berongga berfungsi sebagai tempat menyimpan udara dan tempat keluar amsuk udara. Serta memiliki akar yang berada dibawah permukaan air yang berfungsi untuk menahan teratai dari arus air.
BAMBU
Memiliki jaringan meristem di setiap buku serta memiliki bulu beracun pada kulitnya. Jaringan meristem menyebabkan bambu dapat tumbuh 60x lebih cepat daripada tanaman lain sedangkan bulu beracun berfungsi untuk melindungi diri
JAGUNG
Memiliki putik jagung yang banyak berupa rambut jagung sehingga dapat melakukan penyerbukan lebih banyak
KELAPA
Memiliki serabut tebal untuk bertahan hidup serta berfungsi untuk membantu proses penyebaran ke berbagai tempat melalui air
MENTIMUN
Tumbuhannya berbentuk sulur/menjalar untuk menopang batang pada penyangga
PINUS
Memiliki daun yang berbentuk seperti jamur yang berfungsi untuk memperkecil penguapan dan menyesuaikan dengan habitatnya yang kering
BUNGA RAFLESIA ARNOLDI
Tidak memiliki klorofil dan termasuk ke dalam golongan tumbuhan parasit dan tumbuhan pemakan serangga. Ukuran bunga ini kurang lebih berdiameter 1 meter. Mengeluarkan bau bususk mirip bangkai sehingga menarik perhatian serangga
PUTRI MALU
Termasuk ke dalam golongan tumbuhan rumput dan memiliki duri. Dau putri malu ini akan menutup bila disentuh atau terkena rangsangan.

2012年6月10日星期日

ALAT MUZIK CINA




 ALAT MUZIK CINA




KUMPULAN PEMUZIK TRADISIONAL CINA - PETER TANG

ERHU

Erhu merupakan sejenis alat muzik gesek tradisional China. Erhu bersejarah lama, ia mucul pada destinasi Tang iaitu abad-7 hingga abad-10 dan popular di kawasan penempatan kaum minoroti di sebelah barat laut China pada masa itu. Dalam sejarah perkembangan selama lebih seribu tahun, Erhu selalu dimain sebagai alat muzik irama.
Erhu sepanjang 80 sentimeter dan bentuknya ringkas.
Selepas tahun 1949, penbuatan, pembaharuan dan persembahan Erhu mendapat kemajuan. Ia boleh dimain solo dan juga boleh dimain sebagai alat muzik irama. 

GENDANG

Gendang merupakan alat muzik pukul yang sering dimainakan di China. Berdasarkan galian yang ditemukan dapat ditentukan gendang telah bersejarah selama kira-kira 3000 tahun. Pada purbakala, gendang bukan saja dimainkan semasa mengadakan sembahyang atau persembahan nyanyian dan tarian, akan tetapi itu juga digunakan untuk mengarahkan  tentera, menghiraukan haiwan, memaklumkan masa dan mengeluarkan alarm. Sampai kini, penggunaan gendang semakin luas, itu sering digunakan dalam orkes alat muzik tradisional, drama, nyanyian, tarian, upacara perayaan, pertandingan dan lain-lain. Gendang terdiri daripada kulit dan badan, kulit gendung biasanya dibuat dengan kulit haiwan, dan ditutup kepada kedua-dua hujung badan gendang. Bahagian dalam gendang ialah kosong, kedua-dua hujungnya kecil seditik berbanding bahagian pertengahan badan gendang. Memukul kulit gendang, gentaran kulit gendang akan mengakibatkan gendang berbunyi.


GONG 
 Gong merupakan sejenis alat muzik pukul tradisional China, kedudukannya sangat penting dalam orkes muzik rakyat China. Ia juga dimainkan untuk mengiringi nyanyian dan tarian dalam pelbagai drama dan opera tempatan China. Gong juga sering dimainkan dalam kumpulan perayaan, pertandingan perahu naga, tarian singa dan lain-lain.
Gong diperbuat daripada  logam, badan gong merupakan sebuah permukaan lengkung, pemain memukul bahagian pertengahan permukaan lengkung itu, jadi badan gong bergentar dan menghasilkan berbunyi.

YANGQIN

Yangqin atau dikenal sebagai dulsimer merupakan sejenis alat muzik instrumen pukulan yang sentiasa dimainkan oleh rakyat China. Suaranya jelas lagi terang. Alat muzik tersebut boleh digunakan dalam permainan solo, paduan suara atau opera, ia menduduki tempat penting dalam permainan alat-alat muzik dan orkestra instrumen China.

Menurut catatan buku sejarah, sebelum abad pertengahan, negara-negara Arab pada zaman silam iaitu Yasu dan Parsi di Timur Tengah mempopularkan sejenis alat muzik pukulan, iaitu Satailiqin. Pada zaman Dinasti Ming ( 1368 – 1644), seiring dengan perkembangan hubungan persahabatan yang kian akrab antara China dengan Asia Barat dan Asia Timur, alat muzik Satailiqin dipopularkan ke China dari Parsi melalui laluan laut. Pada masa permulaan, alat muzik itu hanya dimainkan oleh rakyat yang tinggal di kawasan Guangdong sahaja dan kemudian dipopularkan di pelbagai tempat lain di China. Kemudian diubahsuai oleh seniman kalangan rakyat China, Satailiqin itu menjadi alat muzik instrumen China dan namanya diubah sebagai Yangqin.






ALAT MUZIK SARAWAK, SABAH


ALAT MUZIK SARAWAK

Muzik ini boleh didefinasikan sebagai salah satu seni yang dihasilkan sama ada secara individu atau berkumpulan. Ianya dapat dimainkan dengan pelbagai jenis alat muzik. Diantara alat-alat muzik yang diperkenalkan adalah seperti berikut:



TAWAK


Dibuat dari perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal, berbusut di tengah-tengah bahagian permukaannya. Ia juga berpasangan (ibu dan anak). Bagi tetawak ibu bunyinya rendah dan bergema manakala tetawak anak, nada bunyinya nyaring. Alat muzik ini dapat menghasilkan bunyi seperti 'chak, dong, peng'.
SAPE


Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan berbentuk hampir empat segi dan diperbuat dari kayu jokuvang. Dipermukaan sapeh ini kebiasaannya didapati ukiran bermotif orang Iban Sarawak serta diwarnakan samada merah atau hitam. 

ENGKROMONG
Gong kecil diperbuat daripada perenggu berbentuk periok. Berbusut di tengah permukaannya. Lapan buah gong bagi satu set diatur berbaris di atas para yang panjang. Semua alat-alat muzik ini dimainkan oleh kaum lelaki. 
Walaubagaimanapun ada sebahagian kecil alat-alat muzik ini dimainkan serta dipratikkan oleh kaum wanita khususnya warga tua masyarakat Iban. Selain daripada dimainkan untuk hari perayaan mereka, iaitu “Hari Gawai” ia juga dipamerkan kepada orang ramai terutama para pelancong yang ingin mengetahui kebudayaan seni muzik masyarakat Iban khususnya dinegara ini.



ALAT MUZIK SABAH
Kebanyakaan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli. Sebagai contoh, tongkungon, turali, suling (atau seruling), sompoton dan togunggak diperbuat daripada buluh.
Alat lain seperti gambus, kompang dan gendang diperbuat daripada kulit kambing. Gong dan kulintangan dibuat daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang dibuat daripada giman, sejenis gentian pokok palma. Alat-alat muzik di Sabah, dikelaskan kepada ;Kordofon - (tongkungon, gambus,sundatang atau gagayan)

Erofon - (suling, turali atau tuahi, bungkau dan sompoton)
Idofon - (togunggak, gong,kulintangan) 
Membranofon -(kompang,gendang atau tontog).

GONG
Gong merupakan tulang belakang dalam kebanyakan arena permainan muzik dan ianya digunakan dalam hampir kesemua upacara sosial.
Bilangan gong yang dimainkan bersama berbeza-beza mengikut keperluan masyarakat setempat. Satu atau dua buah gendang juga sering dipalu bersama untuk menseragamkan iramanya.
Gong boleh didapati di seluruh negeri Sabah dan mempunyai nilai yang tinggi. Ia juga digunakan sebagai hantaran berian, upacara kepercayaan animistic, isyarat dan perayaan pesta-pesta menuai Sejak akhir-akhir ini suku kaum Rungus di Kudat ada membuat gong yang dibentuk dari kepingan besi galvanic yang dibeli di sini.
Gong yang lebih popular mempunyai dinding yang tebal, bibir yang dalam serta tombol yang besar, ditempah dari Filipina, Indonesia atau Berunei. 

BUNGKAU
Kecapi mulut dibuat daripada kulit sejenis pokok palma yang dikenali sebagai polod oleh suku kaun Kadazandusun. Untuk mengukir bentuknya, ianya memerlukan tangan yang halus dan mahir. Alat ini lazimnya ditemui di kawasan-kawasan suku-kaum Dusun.

Kepingan berkayu yang nipis di tengah alat ini digetarkan dengan memukulnya dengan ibu jari. Getaran kepingan kayu ini menghasilkan bunyi yang kecil tetapi dengan meletakkannya di hadapan mulut sipemain boleh membesarkan bunyinya melalui salun (bunyi yang berbalik).
Berjenis-jenis frekuensi boleh dihasilkan dengan mengubah mulut serta kedudukan lidah. Apabila tidak dipakai, alat ini selalunya disimpan dalam bekas tiub buluh kecil agar ianya tidak rosak dan sentiasa dalam keadaan bersih.


SOMPOTON (Erofon)
Organ mulut merupakan alat yang sangat menarik di antara alat-alat musik tempatan di Sabah. Ianya dibuat daripada sebiji buah labu yang kering dengan lapan batang paip buluh yang disusun dalam dua lapisan.
Salah satu daripada paip ini tidak mempunyai bunyi dan berfungsi untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Dengan meniup atau menyedut mulut labu, sipemain boleh menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu.
Beberapa kepingan kecil polod(seperti dalam Bungkau) diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian paip yang berbunyi. Paip tersebut dimasukkan ke dalam lubang pada sisi labu kemudian ditampal dengan lilin lebah.
Kepingan kecil polod diletakkan di dalam labu dan menambah salun alat yang baru disiapkan.
Paip-paip buluhnya diikatkan bersama dengan rotan yang telah diraut nipis. Semada memainkan sompoton, seseorang pemain menutup dan membuka tiga daripada empat paip terpendek pada hujungnya dengan tiga jari tangan kanan dan tiga lubang kecil pada dasar paip terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang dengan jari tangan kiri.
Sompoton ini boleh dimainkan secara perseorangan untuk hiburan persendirian atau dalam kumpulan untuk mengiringi tarian. Ianya popular di kalangan sukukaum Kadazandusun.


TOGUNGGAK (idiofon)
Dikenali sebagai tagunggak di kalangan suku kaum Murut, Togunggak di kalangan suku kaum Dusun/Kadazan atau 'Togunggu' di Penampang., idiofon bambu paluan ini dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring tarian atau perarakan di pesta-pesta.

Satu set alat-alat muzik ini merangkumi enam (togunggu') hingga tiga puluh (tagunggak) buah, bergantung kepada suku kaum. Muzik yang dikeluarkan menyerupai satu set gong sesuatu kumpulan, dengan setiap idiofon diselaraskan bunyinya mengikut gong sebenar yang dimainkan.


KULINTANGAN (Idiofon)
Pada mulanya alat ini diperkenalkan di barat Sabah oleh suku kaum Brunei tetapi secara tradisional ianya juga digunakan oleh suku kaum Bajau dan beberapa suku Dusun/Kadazan.
Selalunya, ia dimainkan dalam majlis-majlis dan perayaan seperti majlis perkahwinan dan upacara keagamaan, di mana ianya diiringi oleh gong-gong tradisional.
Alat ini merangkumi lapan ataupun 9 buah gong-gong cerek yang kecil. Setiap daripadanya mengeluarkan bunyi-bunyian yang berbeza-beza apabila dipukul.
Gong-gong cerek ini diletakkan tersusun dalam satu barisan di atas sebuah rangka kayu rendah. Biasanya sipemain duduk di atas lantai berhadapan dengan barisan gong sambil memukulnya dengan dua pemukul kayu kecil.
ALAT MUZIK CINA

  


ALAT MUZIK INDIA

KANJIRA
Kanjira termasuk dalam keluarga tamborin. Alat ini mempunyai bentuk yang seakan-akan sama dengan alat tamborin barat yang terdiri daripada rangka bulat diperbuat daripada kayu pokok nangka sepanjang kira-kira 7 hingga 9 inci diameternya dengan kedalaman 2 hingga 4 inci dalamnya. Juga berfungsi seakan-akan alat muzik kompang atau tar disesetengah tempat.
 CHENDA

Merupakan alat perkusi berbentuk silinder yang juga dipanggil chende. Alat muzik ini digunakan dalam aktiviti kesenian dan keagamaan di negeri Kerala. Alat muzik ini dipersembahkan dengan iringan alat-alat muzik lain seperti Khatali, Koodiyattam dalam bentuk tarian dan aktiviti-aktiviti pemujaan di negeri Kerala. Chenda digantung pada pemain gendang supaya ia tergantung tegak dengan bahagian atas gendang yang dibaluti kulit itu. Pemain menggunakan 2 kayu pemukul untuk memukul bahagian atas gendang tersebut. Chenda terbahagi kepada 3 jenis iaitu: Uruttu Chenda (untuk bermain pelbagai variasi), Veeku Chenda (untuk memainkan irama asas) dan Acchan Chenda.

VENU
Alat muzik ini diperbuat daripada buluh dan merupakan salah satu daripada alat muzik yang tertua di India. Untuk memainkan alat muzik ini, jari ke dua-dua tangan digunakan untuk menutup dan membuka lubang pada venu. Venu ini boleh didapati dalam pelbagai saiz. Venu berkait rapat dengan Tuhan Hindu Krishna yang selalu digambarkan sedang memainkan alat ini dibibirnya. Alat muzik venu ini boleh menghasilkan bunyi dua setengah oktaf yang bersifat monofoni seperti suara manusia. Dalam memainkan alat muzik ini, jari amat berperanan penting dalam menutup dan membuka lubang agar menghasilkan bunyi yang menarik dan penting dalam persembahan berdasarkan muzik raga.

NADASWARAM
Nadaswaram merupakan alat muzik klasik yang terkenal di selatan India. Alat muzik ini tergolong dalam keluarga erofon atau tiupan bukan loyang yang mempunyai bunyi terkuat didunia. Alat muzik ini mempunyai persamaan dengan alat tiupan Shehnai yang terdapat di utara India tetapi memiliki saiz yang lebih besar dengan badannya diperbuat daripada kayu teguh dan loceng yang besar. Alat ini juga ada yang diperbuat daripada kayu atau logam, mempunyai tujuh lubang pada badannya, dan lima lubang yang terdapat pada bahagian bawahnya yang dianggap sebagai lubang pengawal bunyi.

SARASWATI VEENA
                                                                                                           
Alat muzik ini tergolong dalam klasifikasi alat muzik bertali India. Ianya dinamakan sebagai saraswati veena kerana mengambil sempena nama Tuhan Hindu Saraswati yang selalu digambarkan sedang bermain alat muzik ini dan terkenal dalam masyarakat India. Selain alat muzik saraswati veena, terdapat 2 lagi alat muzik veena yang terkenal di India iaitu Vichitra Veena dan Rudra Veena yang mana kedua-dua alat muzik ini dimainkan dalam persembahan klasik Hindu, namun begitu hanya alat muzik saraswati veena sahaja digunakan dalam persembahan muzik karnatak di India.

ALAT MUZIK KLASIK INDIA YANG LAIN, ANTARANYA:








ALAT MUZIK MELAYU


GAMELAN
Gamelan merupakan himpunan alat muzik seperti bonang, gambang, gendang dan gong.  Perkataan 'gamelan' berasal daripada perkataan Jawa iaitu 'gamel' yang bermaksud memukul atau tukul. kemudian gamelan diperkenal kan ke pahang dan seterusnya ke Terengganu.
Alat-alat gamelan:
BONANG:
Bonang merupakan alat terpenting dalam muzik gamelan, berfungsi sebagai intro lagu. Bonang dimainkan dengan menggunakan pengetuk kayu yang hujungnya berbalut.
GAMBANG:
 Merupakan alat muzik yang diperbuat dari kayu keras, mempunyai 21 keping kayu berbentuk 4 segi panjang dan tiap-tiap satu berbeza ketebalan dan panjang. biasanya dimainkan menggunakan 2 bilah kayu pengetuk yang dipanggil 'mallet'. cara memainnya dengan mengetuk menggunakan kedua-dua belah tangan serentak.

KENONG:
Kenong menyerupai gong tapi lebih nipis, bulat dan kecing berbanding gong. Alat ini diletakkan di atas tali yang diikat pada kayu yang diperbuat daripada kayu keras untuk menghasilkan bunyi yang merdu setelah diketuk. Alat pengetuk yang digunakan sama sepeti pengetuk bonang.




SARON
Saron terdiri daripada bilah-bilah  yang disusun di atas tapak kayu. terdapat 3 jenis saron iaitu saron demong, saron penerus dan saron peking.

GENDANG:
Gendang merupakan satu alat yang penting dalam setiap persembahan gamelan, ibarat tidak lengkap sesebuah persembahan gamelan tanpa gendang malah pincang.


GONG:
Berperanan seperti tulang belakang dalam persembahan gamelan.
ALAT-ALAT NOBAT:
SERUNAI

Alat ini bebentuk seperti 'flute'. Menurut seorang pemain Nobat, batang serunai ini diperbuat daripada batang pokok cili padi dengan tujuan untuk memerdukan lagi bunyinya. Bahagiannya diperbuat daripada salutan perak dan sisinya daripada suasa. Lidah serunai ini diperbuat daripada daun ‘thai’. Ukur panjang serunai ini adalah 43 cm. Mempunyai tujuh lubang dipermukaan atas batang serunai dan satu lubang kecil dibawahnya. Lubang ini akan menentukan not lagu apabila dimainkan. 

NAFIRI

Alat ini berbentuk yang panjangnya 33 cm. Nafiri diperbuat daripada perak tulen. Ia mempunyai Temeluk yang terdapat pada dua bahagian berbentuk seperti buah 'kandis'. Bahagian serombong Nafiri ini agak leper dan berbunga-bunga.



NAKARA


Gendang satu muka berukuran 12 inci panjang dan berukuran lilit 36 inci. Badannya diperbuat dari kayu merbau yang berongga dan permukaannya ditutup dengan kulit kijang.
Nahara dimainkan dengan memalu permukaan dengan dua batang rotan halus berukuran 17 ½ inci panjang. Semasa dimainkan sebatang kayu anggaran 70 inci panjang yang dibalut dengan kain baldu kuning diletakkan di bawah nahara supaya permukaan nahara mudah dipalu.










SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI BUAT SEMUA RAKYAT MALAYSIA BERAGAMA HINDU




Perayaan Deepavali yang membawa maksud 'cahaya' memberi pengertian yang bermakna kepada kaum India seluruh negara. Cahaya yang bermaksud 'harapan', 'kemenangan' dan 'kebahagiaan' ini tentunya dinanti-nantikan oleh setiap daripada mereka.
Lebih bermakna lagi jika Deepavali dapat dirayakan bersama ibu bapa dan seluruh ahl keluarga yang lain sambil menikmati pelbagai juadah yang disediakan.
Di negara ini Deepavali tidak hanya disambut oleh kaum India sahaja sebaliknya turut
dirayakan oleh semua kaum termasuk Melayu dan Cina sebagai tanda muhibah dan perpaduan dan dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia.

Ia disambut oleh kaum India di seluruh dunia yang terdiri daripada pelbagai etnik, termasuklah Punjabi, Benggali, Marathi dan Telegu.
Mengikut kepercayaan Hindu, Deepavali dirayakan sebagai tanda kegembiraan serta kemenangan kaum tersebut atas kematian seorang raja yang disifatkan sebagai jahat dan sering menindas rakyat pada satu masa dahulu. Di sebalik kisah dongeng itu terselit pengajaran bahawa setiap kebenaran akan mengatasi kejahatan.
Ini sekali gus bertujuan untuk memberi keinsafan kepada setiap individu agar jangan melakukan kejahatan.
Menyentuh mengenai sambutan Deepavali, segala persiapan termasuk dari segi menyediakan pakaian, kuih-muih dan menghias rumah dilakukan lebih awal terutama seminggu sebelum perayaan.


Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan malam bersama dengan pelbagai jenis makanan yang enak termasuklah hidangan tradisi kaum India. Kebiasaannya makanan yang dihidangkan lebih kepada makanan yang agak berat seperti nasi dan dalca.

Pada malam itu juga diadakan upacara memasang pelita yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Tidak ketinggalan juga upacara yang dinamakan 'Rangoli' iaitu upacara menyusun beras atau hampas kelapa yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu.









Upacara Rangoli adalah untuk menghasilkan kolam. 


           "Kolam"diperbuat dari beras atau hampas kelapa yang diwarnakan.

             Upacara ini membawa maksud yang amat dalam di mana perayaan ini tidak hanya dirayakan oleh mereka tetapi juga makhluk kecil lain di dunia ini, misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu. Tidak ketinggalan juga, pada malam itu kalangan kaum wanita akan mengenakan inai pada jari tangan dan kaki mereka untuk tujuan menghias diri.

           Pada pagi perayaan pula, pada kebiasaannya seluruh ahli keluarga akan bangun lebih awal iaitu sebelum matahari terbit.

Seluruh keluarga akan mandi dan membersihkan diri sebelum bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.Pada pagi perayaan satu perkara wajib yang dilakukan ialah menjalankan upacara mandi dengan minyak bijan.Minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek sebelum membersihkan diri dan mengenakan pakaian baru.Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan adalah upacara yang diwajibkan. Kebaikannya bagaikan mandi di Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat dengki.Selepas mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasan serba baru pada pagi Deepavali. Ini bertujuan menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri seseorang seperti hasad dengki dan tamak.Mengenai pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India, selain sari, 'lengha' iaitu baju yang dipadankan dengan kain serta 'dupata' sejenis selendang turut menjadi pilihan utama kepada kaum wanita India.Bagi yang inginkan kelainan, mereka juga gemar memakai Salwar Kamez iaitu baju labuh yang dikenakan dengan seluar. Kaum lelaki pula kebanyakan mereka lebih gemar memilih 'kurta' dan 'dhoti' iaitu sejenis pakaian ala Punjabi.















2012年6月9日星期六

Pelbagai Tarian Tradisional



T ARIAN SUMAZAU
Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.




Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.


UNDUK NGADAU
Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.

AJAU
Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut.
Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh

Asal usul Magavau
Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ia tetap membawa maksud yang sama.
Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".
Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang dirayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.

Rujukan : Wikepedia
Vaisakhi (bahasa Panjabiਵਸਾਖੀvaisākhī, juga dikenali sebagai Baisakhi) ialah salah satupesta menuai kuno di Punjab, yang juga menandakan bermulanya tahun suria baru dan musim menuai baru. Vaisakhi juga membawa kepentingan keagamaan bagi penganut agama Sikh[1]. Vaisakhi jatuh pada hari pertama bulan Vaisakh dalam kalendar Nanakshahi suria, bersamaan dengan 14 April dalam kalendar Gregory.



Vaisakhi merupakan salah satu perayaan yang utama dalam kalendar Sikh, memperingati penubuhan Khalsa pada tahun 1699;inilah Tahun Baru Sikh,sebenarnya. Vaisakhi juga disambut sebagai bermulanya tahun baru oleh bangsa India di Bengal BaratKerala, dan sesetengah rantau lain di India. Kepentingan tertentu yang dihubungkan dengan perayaan ini menonjolkan kepelbagaian antara rantau di luar Punjab. Di Himachal Pradesh, Dewi Hindu Jwalamukhi dipuja pada hari Vaisakhi, sementara di Bihar, dewa matahari Surya diberi penghormatan.[2] Perayaan ini disambut sebagai Rongali Bihu di Assam, Naba Barsha di BengalPuthandu di Tamil Nadu,Vishu (atau Vaishakhi) di Kerala, dan Tahun Baru Sinhala/Tamil di Sri Lanka. Selain Punjab, Vaisakhi juga disambut sebagai pesta menuai di beberapa negeri lain di utara India, termasukHaryanaHimachal Pradesh dan Uttaranchal.
Bagi menyambut perayaan, para penganut berkumpul di gurdwara atau tempat ibadah Sikh. Sambutan bermula awal apabila penganut, yang membawa bunga dan persembahan pergi ke gurdwara sebelum subuh. Perarakan sekitar bandar juga satu kebiasaan Vaisakhi merupakan hari kelahiran Khalsa (Orang-orang Suci) dan para penganut Sikh diberi identiti yang jelas tatalaku untuk diikuti.

an>, dan sesetengah rantau lain di India. Kepentingan tertentu yang dihubungkan dengan perayaan ini menonjolkan kepelbagaian antara rantau di luar Punjab. Di Himachal Pradesh, Dewi Hindu Jwalamukhi dipuja pada hari Vaisakhi, sementara di Bihar, dewa matahari Surya diberi penghormatan.[2] Perayaan ini disambut sebagai Rongali Bihu di AssamNaba Barsha di BengalPuthandu di Tamil Nadu,Vishu (atau Vaishakhi) di Kerala, dan Tahun Baru Sinhala/Tamil di Sri Lanka. Selain Punjab, Vaisakhi juga disambut sebagai pesta menuai di beberapa negeri lain di utara India, termasukHaryanaHimachal Pradesh dan Uttaranchal.







Pada hari ini masyarakat Sikh di seluruh dunia menyambut perayaan keagamaan Vaisakhi (atau Bhaisakhi) dengan mengadakan upacara sembahyang, nyanyian dan tarian.
Rujukan : Wikepedia