KANJIRA
Kanjira termasuk dalam keluarga tamborin. Alat ini mempunyai
bentuk yang seakan-akan sama dengan alat tamborin barat yang terdiri daripada
rangka bulat diperbuat daripada kayu pokok nangka sepanjang kira-kira 7 hingga
9 inci diameternya dengan kedalaman 2 hingga 4 inci dalamnya. Juga berfungsi seakan-akan
alat muzik kompang atau tar disesetengah tempat.
CHENDA
Merupakan alat perkusi berbentuk silinder yang juga dipanggil
chende. Alat muzik ini digunakan dalam aktiviti kesenian dan keagamaan di
negeri Kerala. Alat muzik ini dipersembahkan dengan iringan alat-alat muzik
lain seperti Khatali, Koodiyattam dalam bentuk tarian dan aktiviti-aktiviti
pemujaan di negeri Kerala. Chenda digantung pada pemain gendang supaya ia
tergantung tegak dengan bahagian atas gendang yang dibaluti kulit itu. Pemain
menggunakan 2 kayu pemukul untuk memukul bahagian atas gendang tersebut. Chenda
terbahagi kepada 3 jenis iaitu: Uruttu Chenda (untuk bermain pelbagai variasi),
Veeku Chenda (untuk memainkan irama asas) dan Acchan Chenda.
VENU
Alat muzik ini diperbuat daripada buluh dan merupakan salah satu
daripada alat muzik yang tertua di India. Untuk memainkan alat muzik ini, jari
ke dua-dua tangan digunakan untuk menutup dan membuka lubang pada venu.
Venu ini boleh didapati dalam pelbagai saiz. Venu berkait rapat dengan Tuhan
Hindu Krishna yang selalu digambarkan sedang memainkan alat ini dibibirnya.
Alat muzik venu ini boleh menghasilkan bunyi dua setengah oktaf yang bersifat
monofoni seperti suara manusia. Dalam memainkan alat muzik ini, jari amat
berperanan penting dalam menutup dan membuka lubang agar menghasilkan bunyi
yang menarik dan penting dalam persembahan berdasarkan muzik raga.
NADASWARAM
Nadaswaram merupakan alat muzik klasik yang terkenal di selatan
India. Alat muzik ini tergolong dalam keluarga erofon atau tiupan bukan loyang
yang mempunyai bunyi terkuat didunia. Alat muzik ini mempunyai persamaan dengan
alat tiupan Shehnai yang terdapat di utara India tetapi memiliki saiz yang
lebih besar dengan badannya diperbuat daripada kayu teguh dan loceng yang
besar. Alat ini juga ada yang diperbuat daripada kayu atau logam, mempunyai tujuh
lubang pada badannya, dan lima lubang yang terdapat pada bahagian bawahnya yang
dianggap sebagai lubang pengawal bunyi.
SARASWATI VEENA
Alat muzik ini tergolong dalam klasifikasi alat muzik bertali India. Ianya
dinamakan sebagai saraswati veena kerana mengambil sempena nama Tuhan Hindu
Saraswati yang selalu digambarkan sedang bermain alat muzik ini dan
terkenal dalam masyarakat India. Selain alat muzik saraswati veena, terdapat 2
lagi alat muzik veena yang terkenal di India iaitu Vichitra Veena dan Rudra
Veena yang mana kedua-dua alat muzik ini dimainkan dalam persembahan klasik
Hindu, namun begitu hanya alat muzik saraswati veena sahaja digunakan dalam
persembahan muzik karnatak di India.
ALAT MUZIK KLASIK INDIA YANG LAIN, ANTARANYA:
SARASWATI VEENA macam Guitar...hehe
回复删除