Perayaan Deepavali yang
membawa maksud 'cahaya' memberi pengertian yang bermakna kepada kaum India
seluruh negara. Cahaya yang bermaksud 'harapan', 'kemenangan' dan 'kebahagiaan'
ini tentunya dinanti-nantikan oleh setiap daripada mereka.
Lebih bermakna
lagi jika Deepavali dapat dirayakan bersama ibu bapa dan seluruh ahl keluarga
yang lain sambil menikmati pelbagai juadah yang disediakan.
Di negara ini
Deepavali tidak hanya disambut oleh kaum India sahaja sebaliknya turut
dirayakan oleh semua kaum termasuk Melayu dan Cina sebagai tanda muhibah dan perpaduan dan dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia.
dirayakan oleh semua kaum termasuk Melayu dan Cina sebagai tanda muhibah dan perpaduan dan dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia.
Ia disambut
oleh kaum India di seluruh dunia yang terdiri daripada pelbagai etnik, termasuklah
Punjabi, Benggali, Marathi dan Telegu.
Mengikut
kepercayaan Hindu, Deepavali dirayakan sebagai tanda kegembiraan serta
kemenangan kaum tersebut atas kematian seorang raja yang disifatkan sebagai
jahat dan sering menindas rakyat pada satu masa dahulu. Di sebalik kisah
dongeng itu terselit pengajaran bahawa setiap kebenaran akan mengatasi
kejahatan.
Ini sekali gus
bertujuan untuk memberi keinsafan kepada setiap individu agar jangan melakukan
kejahatan.
Menyentuh
mengenai sambutan Deepavali, segala persiapan termasuk dari segi menyediakan
pakaian, kuih-muih dan menghias rumah dilakukan lebih awal terutama seminggu
sebelum perayaan.
Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan malam bersama dengan pelbagai jenis makanan yang enak termasuklah hidangan tradisi kaum India. Kebiasaannya makanan yang dihidangkan lebih kepada makanan yang agak berat seperti nasi dan dalca.
Pada
malam itu juga diadakan upacara memasang pelita yang disertai oleh seluruh ahli
keluarga. Tidak ketinggalan juga upacara yang dinamakan 'Rangoli' iaitu upacara
menyusun beras atau hampas kelapa yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna
di hadapan pintu.
Upacara Rangoli adalah untuk menghasilkan kolam.
"Kolam"diperbuat
dari beras atau hampas kelapa yang diwarnakan.
Upacara ini membawa maksud yang amat dalam di mana perayaan ini tidak hanya dirayakan oleh mereka tetapi juga makhluk kecil lain di dunia ini, misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu. Tidak ketinggalan juga, pada malam itu kalangan kaum wanita akan mengenakan inai pada jari tangan dan kaki mereka untuk tujuan menghias diri.
Pada pagi perayaan pula,
pada kebiasaannya seluruh ahli keluarga akan bangun lebih awal iaitu sebelum
matahari terbit.
Seluruh keluarga akan mandi
dan membersihkan diri sebelum bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa
dan ahli keluarga yang lain.Pada pagi perayaan satu
perkara wajib yang dilakukan ialah menjalankan upacara mandi dengan minyak
bijan.Minyak bijan ini akan
disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua
seperti ibu atau nenek sebelum membersihkan diri dan mengenakan pakaian baru.Mengikut kepercayaan kaum
India, mandi minyak bijan adalah upacara yang diwajibkan. Kebaikannya bagaikan
mandi di Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala kejahatan dan
sifat dengki.Selepas mandi dimestikan
memakai pakaian dan perhiasan serba baru pada pagi Deepavali. Ini bertujuan
menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri seseorang seperti
hasad dengki dan tamak.Mengenai pakaian yang
sering dikenakan oleh kaum India, selain sari, 'lengha' iaitu baju yang
dipadankan dengan kain serta 'dupata' sejenis selendang turut menjadi pilihan
utama kepada kaum wanita India.Bagi yang inginkan
kelainan, mereka juga gemar memakai Salwar Kamez iaitu baju labuh yang
dikenakan dengan seluar. Kaum lelaki pula kebanyakan mereka lebih gemar memilih
'kurta' dan 'dhoti' iaitu sejenis pakaian ala Punjabi.
没有评论:
发表评论