GAMELAN
Gamelan merupakan
himpunan alat muzik seperti bonang, gambang, gendang dan gong. Perkataan
'gamelan' berasal daripada perkataan Jawa iaitu 'gamel' yang bermaksud memukul
atau tukul. kemudian gamelan diperkenal kan ke pahang dan seterusnya ke
Terengganu.
Alat-alat gamelan:
BONANG:
Bonang merupakan alat
terpenting dalam muzik gamelan, berfungsi sebagai intro lagu. Bonang dimainkan
dengan menggunakan pengetuk kayu yang hujungnya berbalut.
GAMBANG:
Merupakan alat muzik
yang diperbuat dari kayu keras, mempunyai 21 keping kayu berbentuk 4 segi
panjang dan tiap-tiap satu berbeza ketebalan dan panjang. biasanya dimainkan
menggunakan 2 bilah kayu pengetuk yang dipanggil 'mallet'. cara memainnya
dengan mengetuk menggunakan kedua-dua belah tangan serentak.
KENONG:
Kenong menyerupai gong tapi
lebih nipis, bulat dan kecing berbanding gong. Alat ini diletakkan di atas tali
yang diikat pada kayu yang diperbuat daripada kayu keras untuk menghasilkan
bunyi yang merdu setelah diketuk. Alat pengetuk yang digunakan sama sepeti
pengetuk bonang.
SARON
Saron terdiri daripada bilah-bilah yang disusun di atas
tapak kayu. terdapat 3 jenis saron iaitu saron demong, saron penerus dan saron
peking.
GENDANG:
Gendang merupakan satu
alat yang penting dalam setiap persembahan gamelan, ibarat tidak lengkap
sesebuah persembahan gamelan tanpa gendang malah pincang.
GONG:
Berperanan seperti tulang belakang dalam persembahan gamelan.
ALAT-ALAT
NOBAT:
SERUNAI
Alat ini bebentuk seperti 'flute'.
Menurut seorang pemain Nobat, batang serunai ini diperbuat daripada batang
pokok cili padi dengan tujuan untuk memerdukan lagi bunyinya. Bahagiannya diperbuat
daripada salutan perak dan sisinya daripada suasa. Lidah serunai ini diperbuat
daripada daun ‘thai’. Ukur panjang serunai ini adalah 43 cm. Mempunyai
tujuh lubang dipermukaan atas batang serunai dan satu lubang kecil dibawahnya.
Lubang ini akan menentukan not lagu apabila dimainkan.
NAFIRI
Alat ini berbentuk yang panjangnya 33 cm. Nafiri
diperbuat daripada perak tulen. Ia mempunyai Temeluk yang terdapat pada dua bahagian
berbentuk seperti buah 'kandis'. Bahagian serombong Nafiri ini agak
leper dan berbunga-bunga.
NAKARA
Gendang
satu muka berukuran 12 inci panjang dan berukuran lilit 36 inci. Badannya
diperbuat dari kayu merbau yang berongga dan permukaannya ditutup dengan kulit
kijang.
Nahara dimainkan dengan memalu permukaan dengan dua batang rotan
halus berukuran 17 ½ inci panjang. Semasa dimainkan sebatang kayu anggaran 70
inci panjang yang dibalut dengan kain baldu kuning diletakkan di bawah nahara
supaya permukaan nahara mudah dipalu.
nice picture
回复删除very good and helpful
回复删除very good and helpful
回复删除